sekalung doa kasihku
sentiasa ada
bersama denyutan nadi kasihku
untukmu
demi waktu ini
aku inginkan kalian setia
berada dalam dakapan mataku
namun waktu yang menghambat
mengheret aku ke daerah ini
ingin sekali aku berada bersama kalin
menghadapi deti ini
agar penderitaan, kesusahan
dapat kurasai,kuringani
Ya Allah pada mu ku sandarkan impian
agar setia merahmati dan memayungi
insan yang berjasa dan penting dalam hidupku ini...
100726
153amumkl
CA@28
Popular Posts
-
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ? 2. Dan Kami telah ...
-
sekalung doa kasihku sentiasa ada bersama denyutan nadi kasihku untukmu demi waktu ini aku inginkan kalian setia berada dalam dakapan ...
-
SALAM Bermula langkahku ini di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini...mengharap pada gerakan pena jari mampu menjadi pemangkin diri.....
-
1993 Bermula langkah disini, sebuah daerah baru. Yang mengajar aksara dan angka..belajar mengenali kehidupan. Mengetahui hakikat berkawan....
-
satu detik yang dingin bayu yang menghempas lembut dalam dakapan hujan yang memenjarakan langkah terpaku kaki di sebuah daerah yang hen...
-
Hilang Entah kemana Sukar dicari Sukar ditemui Sukar dirasai Sukar untuk memahami Hilang Kesunyian kian melanda Semusim yang berliku...
-
Adam Aku pohon padamu Jauhkan dirimu pada diriku Aku masih belum bersedia untuk terjun ke lembah itu... Adam... Fahamilah hakikat diriku ini...
Monday, October 25, 2010
Monday, October 4, 2010
hujan
satu detik yang dingin
bayu yang menghempas lembut
dalam dakapan hujan
yang memenjarakan langkah
terpaku kaki di sebuah daerah
yang heningnya mengocak kalbu
menikam antena jiwa
ayunan pena
membuai rasa
mengalir rakus tanpa simpati
dalam kepekatan suara
yang menggegar dunia...
535pm
27910
bsk8umkl
ca@28
bayu yang menghempas lembut
dalam dakapan hujan
yang memenjarakan langkah
terpaku kaki di sebuah daerah
yang heningnya mengocak kalbu
menikam antena jiwa
ayunan pena
membuai rasa
mengalir rakus tanpa simpati
dalam kepekatan suara
yang menggegar dunia...
535pm
27910
bsk8umkl
ca@28
Wednesday, September 1, 2010
HITAM PUTIH WARNA KEHIDUPAN
1993
Bermula langkah disini, sebuah daerah baru. Yang mengajar aksara dan angka..belajar mengenali kehidupan. Mengetahui hakikat berkawan. Mengatur kaki berdiri…
Masa yang berlalu membawa satu perubahan dalam kehidupan..yang terlintas hanya keindahan zaman. Tidak dibelengu masalah yang tiada penyelesaian..bergembira bersama teman..membina keyakinan diri.
1995-2000
Langkah kaki kali pertama diatur dengan penuh keyakinan. Gerbang persekolahan mula ditembuh dengan pelbagai rasa yang membara di jiwa. Belajar membina erti persahabatan dalam diri. Menempuh cabaran dengan lapang hati. Terdidik dengan langkah berdiri atas kaki sendiri. Menempuh pelbagai cabaran yang mendatang. Mengasah bakat yang tersimpan rapi. Kasih dan ingatan buat insam yang telah mencurah bakti kasih kepada diri ini.
2001-2005
Alam menengah di tempuh dengan penuh rasa debar remaja. Berkawan sehingga alpa pada jati diri sebagai seorang hamba. Bergembira bersama teman. Menongkah alam remaja dengan sejuta pengalaman yang indah untuk di kenang. Potensi diri mula dikembangkan. Membesar sebagai mawar ditaman larangan. Pengalaman di kutip disimpan dijadikan bekalan. Namun kejayaan diatas kertas hanyalah angan-angan. Teman seperjuangan terus mara berjuang. Tinggallah golongan yang setia berangan. Kemana hendak dibawa wajah kecerian kita yang hanya mampu melihat mereka terus berjuang.
2006
Mengikut langkah kembar diri…bersama menimba pengalaman yang tidak ditemui di medan perjuangan yang lain..mencari setitis ilmu…tetapi mengambil berkesempatan menyedut racun kumbang bertebaran bebas.
2006-2007
Atas nama sebuah ikatan..kaki terus mengorak tali perjuangan…bersamamu teman..keindahan zaman berjuang bermula disini. Sebuah daerah yang member I sejuta wangian kejayaan..menongkah cabaran yang mendatang dengan keyakinan yang kian tersemat dalam hembusan sanubari…menjadi sang juara yang kian memenangi segala pertempuran..tersemat rasa syukur sebagai seorang hamba yang menumpang teduh kasih di bumi yang penuh rahmat dan barakah ini. Perjalanan pada detik ini amat indah untuk dikenang…melakar kejayaan demi keyaan dengan izin Allah yang Maha Pemurah dengan kasih sayang...
2008-2009
Ketentuan Allah tidak berupaya di lawan.. terima takdir kehidupan dengan rintihan hamba yang mendamba kekuatan menempuhi cabaran…detik kian berputar memberi seribu keyakinan pada ketentuan takdir…yakinkan diri Allah sentiasa memayungi hambaNya yang dahagakan kekuatan…rezeki yang diberi pengubat resah di hati walau ranjau duri dalam perjalan ini masih dihadapi…melakar impian atas kanvas lukisan…
2010
Adakala perubahan perlu dalam mengharungi perjalanan ini…masa berganti merubah perpepsi diri…kekuatan yang dikurnia menjadi wadah pada perubahan ini…..kesepian kian menemani dalam musafir kini…kadangkala ketentuan yang ditakdirkan kepada kita memungkinkan kita terfikir arah mana tujuan kita…kekuatan yang di pohon memungkinkan kita merasai perjalanan kehidupan kita…onak duri dalam perjuangan ini membuat kekadang diri terasa hina, kerdil..kegagalan yang dihadapi membuat jiwa yang kosong bertambah kosong…..
Julai…
Perancangan yang telah diatur membuat jiwa yang kaku bertambah kaku…memohon di beri kekuatan dalam memerangi kekuatan….

HILANG
Hilang
Entah kemana
Sukar dicari
Sukar ditemui
Sukar dirasai
Sukar untuk memahami
Hilang
Kesunyian kian melanda
Semusim yang berliku
Yang penuh rasa buntu
Hilang
Kesepian kian mengcengkam sekeping hati
Merimbun dalam diri
Hilang………….
12.04pm
250410k10klca@28
Entah kemana
Sukar dicari
Sukar ditemui
Sukar dirasai
Sukar untuk memahami
Hilang
Kesunyian kian melanda
Semusim yang berliku
Yang penuh rasa buntu
Hilang
Kesepian kian mengcengkam sekeping hati
Merimbun dalam diri
Hilang………….
12.04pm
250410k10klca@28
Thursday, August 26, 2010
UBAT KEPADA SEGALA KESULITAN
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
(SURAH ALAM NASYRAH)
Monday, August 23, 2010
Buatmu Adam..
Adam
Aku pohon padamu
Jauhkan dirimu pada diriku
Aku masih belum bersedia untuk terjun ke lembah itu...
Adam...
Fahamilah hakikat diriku ini
Yang punya beban
Masih belum ku tunaikan lagi....
Masih punya tanggungjwab
Pada insan-insan yang amat kusayang dalam hidupku ini.....
Adam....
Apa yang tersirna itu bukan dari dasar hatiku
Bukan juga kemahuanku
Tapi...
Ujian Allah untukku..
Untukku lebih menghargai insan-insan
Yang membawa aku ke lembah ini....
Adam...
Aku bukan seperti yang kau fikirkan
Aku bukan seperti yang kau harapkan...
Aku juga bukan seperti kau ilhamkan...
Adam...
Lihatlah aku dari dasar hatimu
Punya tanggungjawab pada diri...
Pada insan yang ku sanjung...
Pada insan yang menabur budi..
Pada insan yang mewarnai hidupku ini...
Adam...
Andai kau tahu rahsia sekeping hati ini..
Pasti kau akan lebih memahami
Derita jiwa ini
Ingin melihat kebahagiaan insan-insan yang ku sayang
Memahami hakikat kehidupan
Punya jiwa yang perlu disirami
Agar terus mekar mewangi di alam ini
Sehingga pada satu detik yang dijanjikan....
Adam
Aku pinta padamu..
Jauhkan dirimu dari taman larangan ini..
Agar kita bersama...
Mampu merasai kemanisan dalam perjuangan ini..
Ya Allah...
Hanya padamu kusandar harapan..
Dan
Impian...
CA@28
11.05 malam
15 April 2009
S1208
K10UM
SALAM
Bermula langkahku ini di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini...mengharap pada gerakan pena jari mampu menjadi pemangkin diri...berdiri dalam lautan cabaran mengharap rahmat dari Ilahi...ku takut rebah dan jatuh lagi pada kotak masa yang melalaikan diri...Ya Allah hanya padamu ku sandar impian dan harapan moga perjalanan ini mampu diteruskan walaupun berjuta cabaran yang mendatang...

Subscribe to:
Comments (Atom)