1993
Bermula langkah disini, sebuah daerah baru. Yang mengajar aksara dan angka..belajar mengenali kehidupan. Mengetahui hakikat berkawan. Mengatur kaki berdiri…
Masa yang berlalu membawa satu perubahan dalam kehidupan..yang terlintas hanya keindahan zaman. Tidak dibelengu masalah yang tiada penyelesaian..bergembira bersama teman..membina keyakinan diri.
1995-2000
Langkah kaki kali pertama diatur dengan penuh keyakinan. Gerbang persekolahan mula ditembuh dengan pelbagai rasa yang membara di jiwa. Belajar membina erti persahabatan dalam diri. Menempuh cabaran dengan lapang hati. Terdidik dengan langkah berdiri atas kaki sendiri. Menempuh pelbagai cabaran yang mendatang. Mengasah bakat yang tersimpan rapi. Kasih dan ingatan buat insam yang telah mencurah bakti kasih kepada diri ini.
2001-2005
Alam menengah di tempuh dengan penuh rasa debar remaja. Berkawan sehingga alpa pada jati diri sebagai seorang hamba. Bergembira bersama teman. Menongkah alam remaja dengan sejuta pengalaman yang indah untuk di kenang. Potensi diri mula dikembangkan. Membesar sebagai mawar ditaman larangan. Pengalaman di kutip disimpan dijadikan bekalan. Namun kejayaan diatas kertas hanyalah angan-angan. Teman seperjuangan terus mara berjuang. Tinggallah golongan yang setia berangan. Kemana hendak dibawa wajah kecerian kita yang hanya mampu melihat mereka terus berjuang.
2006
Mengikut langkah kembar diri…bersama menimba pengalaman yang tidak ditemui di medan perjuangan yang lain..mencari setitis ilmu…tetapi mengambil berkesempatan menyedut racun kumbang bertebaran bebas.
2006-2007
Atas nama sebuah ikatan..kaki terus mengorak tali perjuangan…bersamamu teman..keindahan zaman berjuang bermula disini. Sebuah daerah yang member I sejuta wangian kejayaan..menongkah cabaran yang mendatang dengan keyakinan yang kian tersemat dalam hembusan sanubari…menjadi sang juara yang kian memenangi segala pertempuran..tersemat rasa syukur sebagai seorang hamba yang menumpang teduh kasih di bumi yang penuh rahmat dan barakah ini. Perjalanan pada detik ini amat indah untuk dikenang…melakar kejayaan demi keyaan dengan izin Allah yang Maha Pemurah dengan kasih sayang...
2008-2009
Ketentuan Allah tidak berupaya di lawan.. terima takdir kehidupan dengan rintihan hamba yang mendamba kekuatan menempuhi cabaran…detik kian berputar memberi seribu keyakinan pada ketentuan takdir…yakinkan diri Allah sentiasa memayungi hambaNya yang dahagakan kekuatan…rezeki yang diberi pengubat resah di hati walau ranjau duri dalam perjalan ini masih dihadapi…melakar impian atas kanvas lukisan…
2010
Adakala perubahan perlu dalam mengharungi perjalanan ini…masa berganti merubah perpepsi diri…kekuatan yang dikurnia menjadi wadah pada perubahan ini…..kesepian kian menemani dalam musafir kini…kadangkala ketentuan yang ditakdirkan kepada kita memungkinkan kita terfikir arah mana tujuan kita…kekuatan yang di pohon memungkinkan kita merasai perjalanan kehidupan kita…onak duri dalam perjuangan ini membuat kekadang diri terasa hina, kerdil..kegagalan yang dihadapi membuat jiwa yang kosong bertambah kosong…..
Julai…
Perancangan yang telah diatur membuat jiwa yang kaku bertambah kaku…memohon di beri kekuatan dalam memerangi kekuatan….
Popular Posts
-
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ? 2. Dan Kami telah ...
-
sekalung doa kasihku sentiasa ada bersama denyutan nadi kasihku untukmu demi waktu ini aku inginkan kalian setia berada dalam dakapan ...
-
SALAM Bermula langkahku ini di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini...mengharap pada gerakan pena jari mampu menjadi pemangkin diri.....
-
1993 Bermula langkah disini, sebuah daerah baru. Yang mengajar aksara dan angka..belajar mengenali kehidupan. Mengetahui hakikat berkawan....
-
satu detik yang dingin bayu yang menghempas lembut dalam dakapan hujan yang memenjarakan langkah terpaku kaki di sebuah daerah yang hen...
-
Hilang Entah kemana Sukar dicari Sukar ditemui Sukar dirasai Sukar untuk memahami Hilang Kesunyian kian melanda Semusim yang berliku...
-
Adam Aku pohon padamu Jauhkan dirimu pada diriku Aku masih belum bersedia untuk terjun ke lembah itu... Adam... Fahamilah hakikat diriku ini...
No comments:
Post a Comment